Jom Jalan ke Euro+ Hotel, Johor Bahru

3:52 AM Aishah Shahuddin 0 Comments

Assalamualaikum..

Ha kali ni jom kita bawak pergi Johor Bahru (JB) pulak. Sebenarnya tak rancang pun nak datang sini. Kebetulan masa ni minggu ke-2 raya, kita bawak ibu balik kampung kat Batu Pahat. Bila nak raya rumah makcik pakcik semua pun takde. Eh kecuali Ochen & Makju. Musim raya la katakan. Lepastu Ira, sepupu kita whatsapp ajak datang JB sebab dia & family tak balik Batu Pahat minggu tu. Bila tanya ibu, happy la dia sebab boleh jumpa Mokde (Ira's ibu). Bila tanya hubby, dia pun ok je. Kalau tanya kita, eh suka je sebab boleh jalan-jalan hahaha.

Dah sampai JB, raya rumah Tok Man (ayah saudara ibu) dulu. Sampai sana pun dah Maghrib. Lepastu baru ke rumah sewa Ira kat Taman Sri Pulai. Sebelum tu kita ada tanya Ira hotel mana yang dekat area situ. Dia kata Pulai Springs Resort. Hehehe memang dekat sangat hotelnya tapi mahal. Tak berbaloi untuk tidur je sebab memang dah malam sangat. Next time InsyaAllah :) So kita search la hotel bajet sepanjang jalan ke JB tu. Tak banyak pun yang available sebab weekend plus musim raya.

Search kat Agoda keluarla beberapa hotel. Antara kriteria yang kita filter ialah bilik untuk 3 dewasa. Biar selesa sikit. Sebab Mikhael ikut sekali. Kalau bertiga dengan ibu je boleh kongsi satu katil. Nak tidur je kan. Cari punya cari, nampakla hotel Euro+ ni (Europlus). Dapat bilik Family Premier. Rate pun ok.

Lepas beraya sakan kat rumah Ira, dalam pukul 12.30 kitorang gerak ke hotel. Ada la dalam 15 minit kot. Sebenarnya Mokde suruh tidur rumah dia je, tapi sebabkan dah booked & bayar hotel, tak jadilah. InsyaAllah next time ye.

Sampai je hotel dah tengah malam. Parking pulak takde. Jauh kitorang park kereta. Kawasan situ agak sunyi jugak. Reception langsung tak friendly. Dahla bukan orang Malaysia. Tanya lain jawab lain. Pulak tu tak jumpa kitorang punya booking. Adoiii. Sabar jela. Dahla penat sehari suntuk beraya plus travel plus jalan jammed. Lastly berjaya jugak check-in & diupgrade ke bilik Family Premier Plus.


Hotel dari pandangan depan..Bilik kitorang kat tingkat 2 kat antara salah satu tingkap tu

Bilik ni betul-betul menghadap jalanraya. Okaylah dengan rate yang dibayar. Ada satu katil Queen dengan 2 katil single. Tapi Opah dengan Mikhael share satu katil single hehehe. Mummy dengan Didi tidur katil Queen. Mikhael tak nak lepas dengan Opah. Masuk bilik tak larat dah nak ambik gambar bilik semua. Gambar-gambar bilik ni semua kita ambik kat website hotel hehe. Lepas settlekan Mikhael barulah kitorang pulak mandi & solat. Air-cond bilik sejuk gila. Tapi kita memang suka sejuk-sejuk. Barulah lena tidur. Satu je tak best bilik ni..lock pintu dah rosak. Lepastu diorang tak repair & betulkan balik. Kitorang kunci macam pintu biasa je lepastu sendal dengan kerusi & tong sampah hahaha eh ada lagi yang tak best, bilik tak wangi hehehe. Tak bau busuk cuma takde bau. Tak bestla.


Nilah biliknya. Simple tapi complete. 

Nak bukak lampu bulat tu, sentuh je wowww

Toiletries lengkap semua ada

Plus point bilik ni, walaupun taraf bajet hotel, tapi katil & toilet ada kelassss. Katil empuk sangat & sedap tidur. Lampu kat cermin toilet siap touch screen. Jakun kita dibuatnya hahaha. Lepastu lif hotel pun pakai thumb sensor. Bergaya. Esoknya masa check-out baru sempat nak bergambar kat lobi. Okaylah lobi cantik. Simple je tapi nampak klasik.


Lobi. Akak sombong takde pulak

Tempat lepak sementera nak check-in check-out

Yang tak best, receptionist sombong la pulak. Kali ni orang Malaysia. Bangsa? Malaysia. Senyum tidak, bercakap apatah lagi. Macamana jaga reception kaunter ni? Eh orang sombong dengan kita, kita 2x sombong tau hahaha..lepasni kalau datang JB & nak pergi Legoland bolehla duduk hotel ni lagi. Kalau tak pun, banyak je hotel bajet yang cantik-cantik kat area sini. Ada yang baru bukak macam Hermess tu. Ha nama nak desinger sangat!


Mikhael dah macam orang besar hahah

Si manja ubi keledek Opah

Si manja mummy muahhhh

Ni website hotel. Check it out!

Bye!



0 comments:

Jom Jalan ke Lexis Hibiscus, Port Dickson

8:59 AM Aishah Shahuddin 0 Comments

Assalamualaikum..

Ok let me start with the first ever review yay yay!

Kita tempah bilik kat Agoda je. Masih dapat rate soft launch ye (sampai akhir bulan Ogos 2015). Murah la sikit kalau nak dibandingkan dengan rate sebenar lepas habis promotion ni.

Hubby & Mawara at the lobby
Check-in dulu
Ni pandangan dari reception counter


Lexis Hibiscus Port Dickson ni masih belum buka sepenuhnya tau (masa kita pergi ni la). Sebelum ni pernah nak grab promotion untuk Executive Pool Villa tapi dah fully booked. Sekarang dah buka untuk Premium Pool Villa, lepas ni ada lagi villa yang dekat batang bunga raya sebelum sampai kat debunga. Ada pemandangan fountain dengan sea view. Kalau dapat promo rate lagi bolehla datang sini lagi hehehe.

Kotak tisu


Bilik ni ialah Premium Pool Villa, terletak di bahagian bunga raya. Bunga raya kan ada lima kelopak, jadi kami berada di salah satu kelopak yang betul-betul menghadap laut samudera. Memang best sangat! Kalau dapat bilik yang berdepan dengan villa lain, segan nak mandi pool sebab masih boleh nampak satu sama lain. Kat bilik ni, we are free!!! Langsung tak tutup bidai tu jadinya atas katil pun boleh rasa macam terapung atas laut. Woohooooo heaven!
Setiap villa ni ada pool sendiri dalam bilik, siap dengan bilik sauna. Toilet boleh see through laut kat bawah ha nak pijak pun macam gayat gittchew ahaks..ada dua katil king yang memang luas dan selesa. Kita mestilah dengan hubby plus si kenit Mawara, lagi satu katil ibu, adik dengan Mikhael.

Mari naik buggy ke bilik

Katil king size ada 2

Dalam kabinet bawah tu ada peti ais mini

Buat ape tu?

Toilet & shower diasingkan.

Cool huh

Macam gayat je

The private pool

Mikhael buat-buat berani

Sebelum datang tu, hubby rajin buat spaghetti. So kami bawak bekal. Dah tau nanti mesti lapar lepas mandi pool. Ibu pulak baru je balik dari Mekah, masih penat dan perlukan rehat secukupnya untuk kembalikan tenaga. Petang tu kami je la mandi manda, ibu pulak tidur puas-puas.
Having spaghetti by the pool

Lepas Maghrib, siap-siap keluar makan pulak. Aaah sebelum keluar bilik kena call buggy dulu. Nanti diorang ambil kat depan pintu bilik. Kelasssss. Jauh ooo nak berjalan ke lobi. Sebab masing-masing dah kelaparan, okaylah semua naik buggy. Tak banyak pun kedai makan yang bukak. Kami pusing-pusing tengok kedai yang ramai orang, lepastu berhenti. Okaylah makan kat sini tapi harganya mahal jugak.

Nasreen Songkhla Seafood

Dah kenyang Alhamdulillah, balikla semula ke Lexis. This time me & hubby decided to walk to our villa. Hahaha yang lain-lain dah selamat naik buggy. Kononnya nak hadamkan makanan la. Konon..tapi sebenarnya saja nak jalan-berdua-pimpin-tangan-sambil-sedut-angin-malam Port Dickson. Hahaha syokkkk!! Dahla sejuk gila lepastu sampai depan bilik dah mengah. Hadoiiii kehausan sebab jalan jauh. Kelakar la hihihi malam tu takde buat apa dah. Nak swimming air sejuk, so tengok movie jela. Banyak jugak movie yang Lexis sediakan, tapi bebudak kecik ni nak tengok cerita hantu. Boleh??? Takut-takut tapi nak tengok jugak. Layan jela.


Goyang sikit gambar


Malam ingat nak sambung mandi tapi sejukkkk

Esoknya, aktiviti mandi manda dari mula bangun sampai pukul 11. Opah dengan cucu-cucu semua sekali mandi. Lepastu check out tepat pukul 12. Ingat nak singgah Rumah Terbalik Art Gallery, tapi tak jadi. So singgah makan asam pedas dulu baru balik. Dalam kereta semua tidur kecuali hubby yang drive. Bila bukak mata je, eh dah sampai depan rumah. Home sweet home. Best macam mana pun hotel/tempat yang kita pergi, bilik sendiri jugak yang paling diingati selalu hehehe.
Breakfast minum teh mahal hahaha

Sambil mandi sambil berangan..

Bye nak balik dah..

Our villa 248

Bye Lexis! See you soon..

Bye bye..


Siapa nak datang sini, rajin-rajinla tengok website ye http://www.lexishibiscuspd.com

Bye!

0 comments:

Grand Entrance

2:11 AM Aishah Shahuddin 0 Comments

Assalamualaikum..

Dah lama tak blogging rasa janggal pulak nak mula balik. Blog ni penting jugak sebenarnya ala-ala diari kan? Sebab kita ni bukan ingat semua benda. At least bila ada blog, boleh recap atau tengok semula sejarah yang dah tercipta hahaha. 

Tukar nama sikit jadi Ais Ais Ais. Sebelum ni kita pakai {ais ais babeh}. Kali ni nak fokus dekat tempat-tempat percutian dengan hotel-hotel yang pernah dijejaki. Senang nak buat rujukan untuk diri sendiri. Kita mula dengan tahun 2015 dulu. Kalau dah cover semua, baru throwback tahun-tahun lepas (kalau rajin update la..hihi).

Bye!

0 comments: