Jom Jalan ke Lexis Hibiscus, Port Dickson
Assalamualaikum..Ok let me start with the first ever review yay yay!
Kita tempah bilik kat Agoda je. Masih dapat rate soft launch ye (sampai akhir bulan Ogos 2015). Murah la sikit kalau nak dibandingkan dengan rate sebenar lepas habis promotion ni.
Hubby & Mawara at the lobby |
Check-in dulu |
Ni pandangan dari reception counter |
Lexis Hibiscus Port Dickson ni masih belum buka sepenuhnya tau (masa kita pergi ni la). Sebelum ni pernah nak grab promotion untuk Executive Pool Villa tapi dah fully booked. Sekarang dah buka untuk Premium Pool Villa, lepas ni ada lagi villa yang dekat batang bunga raya sebelum sampai kat debunga. Ada pemandangan fountain dengan sea view. Kalau dapat promo rate lagi bolehla datang sini lagi hehehe.
Kotak tisu |
Setiap villa ni ada pool sendiri dalam bilik, siap dengan bilik sauna. Toilet boleh see through laut kat bawah ha nak pijak pun macam gayat gittchew ahaks..ada dua katil king yang memang luas dan selesa. Kita mestilah dengan hubby plus si kenit Mawara, lagi satu katil ibu, adik dengan Mikhael.
Mari naik buggy ke bilik |
Katil king size ada 2 |
Dalam kabinet bawah tu ada peti ais mini |
Buat ape tu? |
Toilet & shower diasingkan. |
Cool huh |
Macam gayat je |
The private pool |
Mikhael buat-buat berani |
Sebelum datang tu, hubby rajin buat spaghetti. So kami bawak bekal. Dah tau nanti mesti lapar lepas mandi pool. Ibu pulak baru je balik dari Mekah, masih penat dan perlukan rehat secukupnya untuk kembalikan tenaga. Petang tu kami je la mandi manda, ibu pulak tidur puas-puas.
Having spaghetti by the pool |
Lepas Maghrib, siap-siap keluar makan pulak. Aaah sebelum keluar bilik kena call buggy dulu. Nanti diorang ambil kat depan pintu bilik. Kelasssss. Jauh ooo nak berjalan ke lobi. Sebab masing-masing dah kelaparan, okaylah semua naik buggy. Tak banyak pun kedai makan yang bukak. Kami pusing-pusing tengok kedai yang ramai orang, lepastu berhenti. Okaylah makan kat sini tapi harganya mahal jugak.
Nasreen Songkhla Seafood |
Dah kenyang Alhamdulillah, balikla semula ke Lexis. This time me & hubby decided to walk to our villa. Hahaha yang lain-lain dah selamat naik buggy. Kononnya nak hadamkan makanan la. Konon..tapi sebenarnya saja nak jalan-berdua-pimpin-tangan-sambil-sedut-angin-malam Port Dickson. Hahaha syokkkk!! Dahla sejuk gila lepastu sampai depan bilik dah mengah. Hadoiiii kehausan sebab jalan jauh. Kelakar la hihihi malam tu takde buat apa dah. Nak swimming air sejuk, so tengok movie jela. Banyak jugak movie yang Lexis sediakan, tapi bebudak kecik ni nak tengok cerita hantu. Boleh??? Takut-takut tapi nak tengok jugak. Layan jela.
Goyang sikit gambar |
Malam ingat nak sambung mandi tapi sejukkkk |
Esoknya, aktiviti mandi manda dari mula bangun sampai pukul 11. Opah dengan cucu-cucu semua sekali mandi. Lepastu check out tepat pukul 12. Ingat nak singgah Rumah Terbalik Art Gallery, tapi tak jadi. So singgah makan asam pedas dulu baru balik. Dalam kereta semua tidur kecuali hubby yang drive. Bila bukak mata je, eh dah sampai depan rumah. Home sweet home. Best macam mana pun hotel/tempat yang kita pergi, bilik sendiri jugak yang paling diingati selalu hehehe.
Breakfast minum teh mahal hahaha |
Sambil mandi sambil berangan.. |
Bye nak balik dah.. |
Our villa 248 |
Bye Lexis! See you soon.. |
Bye bye.. |
Siapa nak datang sini, rajin-rajinla tengok website ye http://www.lexishibiscuspd.com
Bye!
0 comments: