Jom Jalan ke The Royale Bintang Hotel, Pulau Pinang

3:23 AM Aishah Shahuddin 0 Comments

Assalamualaikum..

Jom sambung hari kedua kat Penang. Hari pertama boleh baca entri ni. Ok lepas check-out dari Hard Rock, we all pun menuju ke bandar Georgetown. Disebabkan dah tengahari, kita check-in hotel dululah. Untuk area town, kita pilih hotel The Royale Bintang. 

Jalan jammed.

Masa hubby check-in dah nampak dia tanya something kat receptionist tu, tapi buat-buat tak nampak jelah. Rupa-rupanya dia ada buat arrangement untuk surprise birthday kita. Birthday kita jatuh pada 14 Februari. Aah sama dengan Valentine's Day la pulak. Sebab tu harga hotel mancanak-canak mahal. Tak pasal-pasal kan? Ok dah lari topik. Yang pasal surprise tu kita cerita kejap lagi. Excited pulak hahaha.

Bilik ni just nice. Bukak je langsir, nah Star Cruise depan mata tengah berlabuh. Puas hati tengok bilik cantik & lengkap segalanya.


Bilik Deluxe. 

Hubby tengah jenguk orang bawah hahaha.

Tadaaa. Nice view kan?

Green environment. Good.

Bestnya toilet ni..



Cak!

Dah masuk bilik, we all setelkan solat dulu. Senang buat jamak takdim je. Tak lunch lagi masa ni. Hajat di hati nak play tourist. So, jalan keluar sikit kat luar tu, tunggu bus Hop-On Hop-Off (HoHo). Kebetulan, tunggu kejap je, bas pun sampai. Beli tiket kat situ jugak. Boleh check out HoHo's website kat sini. Bas dua tingkat yang atas separuh berbumbung separuh takde bumbung. Kita memang dah cakap dengan hubby nak duduk kat atas yang takde bumbung. Tapi bila naik atas, ya Allah panasnya! Tak sanggup nak berjemur kat situ hahahah. Terus masuk dalam sebab ada air-cond (tourist la sangat kan!). Naik bas ni kita boleh turun kat mana-mana je & naik kat mana-mana (ada tempat tertentu la kan..). Tapi jangan salah bas tau. Sebab dia ada 2 hala, satu city route, satu lagi beach route. We all pilih city route, of course. Sebab semalam kan dah sampai area pantai hehehe.


Ok siap dah nak jalan-jalan naik bas.

Hotel's walkaway.

Pura-pura tengok map hahaha.

Dalam bas kat belakang sekali.

Penang HoHo. Yang ni beach route. Jangan naik kita tunggu city route ok.

Kita turun kat shopping mall apa tah, tak ingat, kat area Gurney Drive untuk lunch. Happening la shopping mall dia. Rasa macam kat KL pun ada. Lepas tu, kita sambung journey tunggu HoHo kat depan shopping mall ni. Nak ke Bukit Bendera katanya. Masa ni dah pukul 4 petang la lebih kurang. Jalan kat Penang pun sama jammed macam kat KL. Sepanjang perjalanan ke Bukit Bendera tu kitorang ditemani oleh konduktor bas HoHo. Peramah sangat orangnya. Menurut si Nabil ni (nama dia dah lupa tapi muka dia macam Nabil..hahaha sukati kita je) HoHo masih baru lagi kat Penang. Tourist yang pernah naik HoHo kat KL mesti dah biasa la. Tapi kat Penang orang baru nak terima. Dia kata masa diorang buat percubaan sebulan naik free, memang penuh sesak bas ni. Bila dah start kena bayar, dah kurang yang naik bas. So typical Malaysian huhuhu. Siapa yang pergi Penang lepas ni, support la HoHo ok?

Sampai je kat Bukit Bendera, kena beli tiket dulu untuk naik train. Tengok website ni ada info tiket. Menurut Nabil lagi, train dah laju. Tak sampai 15 minit dah boleh sampai atas berbanding beberapa tahun yang lepas. Kita ingat-ingat lupa la dah berzaman tak datang sini. Masa kecik dulu train dia slowwww gila. Kita pun excited la kan. Sebab bulan Januari lepas kita pun ada naik train macamni kat Hong Kong. Nak compare mana best hahaha. Lepas beli tiket, sila beratur nak naik train ye. Nasib baik tak ramai orang. Mungkin sebab dah petang kot? Ramai couple yang naik nak celebrate Valentine's Day sebab ada yang bawak bunga dengan cokelat hihihi. Over la uols!

Mat Salleh pun nak naik train.

Dalam train duduk diam-diam je.

Magnificient! Subhanallah indahnya ciptaanMu.

Penang Hill.

One picture for memory. 

Hubby ni gayat sikit. Bila naik train yang curam tu tak boleh la nak cakap banyak sebab dia tak layan hahaha. Kita dapat tempat duduk dia kena berdiri. Laju jugak la tapi takleh lawan kecuraman Victoria's Peak kat Hong Kong. Lagi scaryyy. Lepas ni kita review Hong Kong pulak ok? Alhamdulillah selamat sampai kat puncak Bukit Bendera. Hubby pun dah senyum semula. Kat atas ni angin kuat jugak. Sejukkk je rasa. Ada macam-macam kat atas ni rupanya. Tapi kita tak minat lah. Muzium burung hantu pun ada tau. We all just jalan-jalan and ambil gambar je. Rehat jap minum air, tengok jam dah pukul 6. Time untuk balik sebab nak turun bawah lagi, nak tunggu bas HoHo lagi. Better make it fast sebab hubby baru bagitau masa ni dia ada booked dinner for two. Wow wow wow. Tak sabarrr.

Berebut nak ambik gambar dengan akak baju pink hehe.

Ni betul candid. Geram betul tak ready dah snap.

The Owl Museum. Kitorang tak masuk.

L.O.

V.E.

Kat Penang pun ada la..Kita tak pernah tulis nama kat semua tempat yang ada benda ni. Tunggu pergi Paris hahaha berangan.

Sampai hotel semula dah pukul 7.30. Mandi, solat, and cepat bersiap untuk dinner pulak. Kat bawah hotel je tapi dekat swimming pool area. So romantic! Hubby ambil Valentine's dinner set kat The Spice sebab tu je yang available. Jadiklah kan. 7-course meal. Mostly Chinese, Indian ada la dua table, and we are the only Malays. Hehehe masa masuk je dalam The Spice semua pandang semacam. Yelah they are aware that Muslims are prohibited to celebrate Valentine's Day. But we are celebrating my birthday okay? Exception kat situ hahahaha. By the way, semua ladies siap dapat bunga ros sekuntum plus paper bag Avon. Dalam paper bag tu ada katalog Avon dengan lipstik tester sebanyak 10 warna. Oklah kan? 

Menu pun nak romantika.

Makanan sedap sangat. Portion kecik je memang licin la pinggan masing-masing hahaha dahla lapar berjalan sana sini. Nak cakap pun kena romantik sebab ada lilin atas meja a.k.a candle lite dinner. New experience sepanjang kitorang kenal ni. First time la makan macamni asyik nak tergelak je tapi tengok table lain kemain romantik lagi. So behave elok-elok. Sebelum last course, ada kek pulak sampai kat meja. Hihihi kita suruh hubby nyanyikan lagu baru kita tiup lilin tu. Lepas dah kenyang semua, masa nak balik bilik kita mintak waiter nak ambil belon-belon yang banyak tu. Ingat nak satu je, tapi dia bagi satu genggam. Ha amek! 


Avocado and king prawn salsa. 

Tak reti nak sebutnya. Tengok kat menu la ye. 

Mushroom cappucino soup.

Mango sorbet.

Ni ikan.

Ni daging.

Kita makan tak tengok orang.

Last course - iced orange marmalade mousse. Ni je tak habis. Manis sangat.

Pinggan hubby pun licin.

Supposedly happy birthday :)

Bulat sangat muka kita hahaha.

Alhamdulillah everything went well. Malam tu naik bilik tukar selipar, kitorang jalan kaki ke Port Cornwallis pulak. Ingatkan masih buka. Rupanya dah tutup. Dah malam cik kak oi. So we all jalan-jalan jela ambik angin malam. Kat Padang Kota tu ramai la orang berkelah la, main tiup-tiup buih la, berdating la..pendek kata happening. Bila jalan ke depan lagi, siap ada buskers tengah perform. Sedap suara diorang. Kitorang layan sekejap lepastu tak larat dah. Sakit kaki semua ada. Berjalan balik ke hotel and tidur. Selamat hari kedua. Dah habis. 

Encik waiter tolong ambilkan gambar. TQ!

Thank u hubby for the treat. Love you.

Me & balloons.

Tutup la pulak..

Angin malam..best giler!

Panjang betul entri ni. 

Jangan lupa check out website hotel kat sini.

Bye!

You Might Also Like

0 comments: